
Remaja Malaysia semakin hari semakin hanyut dibawa oleh arus permodenan zaman sehinggakan melupakan adat ketimuran akibat terpengaruh dengan budaya barat.jika kita lihat pada masa kini,ramai remaja malaysia tidak kira lelaki ataupun perempuan sudah mula berani menjinakkan diri dengan budaya barat sebagai contoh cara berpakaian seperti pakaian tidak cukup kain,terdedah sana sini,memakai tudung tetapi memakai pakaian yang terdedah hingga menampakkan pakaian dalam,manakala bagi lelaki pula dengan memakai rantai,bergelang yang menyerupai wanita serta berpelukkan di sana sini dengan perempuan tanpa perasaan malu dan takut pada ALLAH SWT.Apa sudah jadi dengan remaja malaysia pada masa kini?Adakah mereka hilang pedoman dan tiada bimbingan ?Adakah hanya dengan malapetaka atau musibah barulah mereka akan sedar kesilapan mereka ?Dimanakah silap kita?Adakah kita mahu remaja kita terpesong jauh dari akidah islam?wahai saudara,mari kita renungkan bersama dan dengan mengambil contoh remaja palestin yang terpaksa bersusah-payah untuk hidup dan belajar serta terpaksa bersusah payah menegakkan syariat islam dengan kekejaman zionis ke atas mereka demi pelajaran ,remaja di palestin terpaksa mengutip sisa buku sekolah mereka untuk mereka belajar,walaupun hidup dalam kesengsaraan akibat kehilangan keluarga dan ibu bapa mereka teguh menjalankan kewajban sebagai seorang remaja muslim tetapi ketika remaja palestin berusaha untuk hidup,remaja malaysia pula leka dengan kemewahan,leka dengan dunia hingga lupa dengan kewajiban pada agama,bangsa dan negara,ramai remaja Malaysia terjerumus ke lembah maksiat namun begitu belum terlambat untuk berubah kerana allah s.w.t akan sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambanya.renungkan....
No comments:
Post a Comment