SELAMAT DATANG KE BLOG PUTRA_ISLAMIAH

HIDUP UMPAMA BULATAN,APA YANG KITA LAKUKAN SAMA ADA BAIK ATAU BURUK SEMUANYA AKAN KEMBALI KEPADA KITA SEMULA

MASALAH SOSIAL REMAJA

MASALAH SOSIAL REMAJA
SALAH SIAPA??

FUNGSI BLOG PUTRA_ISLAMIAH

ISU SEMASA DAN PERMASALAHAN REMAJA MASA KINI.

PERBINCANGAN TERBUKA MENGENAI MASALAH

CARA-CARA UNTUK MEMBANTU REMAJA MASA KINI.

KAUNSELING MEMBANTU REMAJA SECARA ONLINE.

PANDANGAN DIDALAM BLOG INI ADALAH DARI PERSPEKTIF SAYA SENDIRI SETELAH 4 TAHUN TERLIBAT DALAM MEMBANTU REMAJA YANG BERMASALAH.

SERTAI DAN KONGSI BERSAMA SAYA PANDANGAN SERTA PENGALAMAN ANDA UNTUK KITA JADIKAN PANDUAN DAN RUJUKAN BERSAMA.

Wednesday, March 18, 2009

BUDAYA SEGELINTIR REMAJA DI UNIVERSITI


Universiti,pusat pengajian bagi remaja untuk melanjutkan pelajaran tetapi pada masa kini kebanyakan remaja yang berada di pusat pengajian tinggi sering terlibat dalam gejala tidak sihat seperti menghisap dadah,merokok,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Anda tidak percaya dengan kenyataan ini?Jika anda tidak percaya anda boleh melayari intenet dan anda taip pelajar melampau di youtube dan apa yang akan anda saksikan adalah hakikat sebenar mengenai remaja di universiti,tetapi saya tekankan disini bukan semua pelajar universiti berkelakuan begitu hanya segelintir sahaja dan jika anda lihat pada gambar contoh disebelah,ini adalah kenyataan remaja melayu yang berada di universiti berkelakuan tidak senonoh ditempat awam,jika perkara ini anda lihat apa yang anda akan lakukan?adakah anda hanya akan melihat sahaja atau sebaliknya?Fikirkan lah dengan sebaiknya,adakah anda mahu bangsa melayu serta remaja masa kini terus rosak dan meninggalkan ajaran islam?Adakah anda tidak ingat akan batas-batas pergaulan dalam islam?Adakah anda tidak takut akan dosa yag telah anda lakukan?Insaflah wahai saudaraku.Ingatlah apa yang anda lakukan akan kembali kepada anda semula,hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar adakalanya kita akan berada di atas,adakalanya kita akan berada di bawah.Nasihat saya kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempaun sama ada anda islam atau agama sebaliknya jagalah kelakuan anda di tempat awam dan sentiasa ingat dan berzikir kepada ALLAH SWT kerana DIA sentiasa memerhati akan hambaNYA tidak kira di mana sahaja anda berada.Mungkin di dunia anda boleh mengelak akan tindakan daripada orang sekeliling tetapi ingatlah apabila tiba masa kebangkitan daripada alam barzakh dan penghitungan telah dibuat maka anda tidak akan mampu mengelak daripada menerima balasan atas perbuatan yang anda lakukan di dunia yang fana ini..renungkan.

No comments:

Post a Comment