SELAMAT DATANG KE BLOG PUTRA_ISLAMIAH

HIDUP UMPAMA BULATAN,APA YANG KITA LAKUKAN SAMA ADA BAIK ATAU BURUK SEMUANYA AKAN KEMBALI KEPADA KITA SEMULA

MASALAH SOSIAL REMAJA

MASALAH SOSIAL REMAJA
SALAH SIAPA??

FUNGSI BLOG PUTRA_ISLAMIAH

ISU SEMASA DAN PERMASALAHAN REMAJA MASA KINI.

PERBINCANGAN TERBUKA MENGENAI MASALAH

CARA-CARA UNTUK MEMBANTU REMAJA MASA KINI.

KAUNSELING MEMBANTU REMAJA SECARA ONLINE.

PANDANGAN DIDALAM BLOG INI ADALAH DARI PERSPEKTIF SAYA SENDIRI SETELAH 4 TAHUN TERLIBAT DALAM MEMBANTU REMAJA YANG BERMASALAH.

SERTAI DAN KONGSI BERSAMA SAYA PANDANGAN SERTA PENGALAMAN ANDA UNTUK KITA JADIKAN PANDUAN DAN RUJUKAN BERSAMA.

Friday, March 20, 2009

MASALAH DALAM KELUARGA PUNCA UTAMA KEPADA GEJALA SOSIAL REMAJA


Keretakan yang berlaku dalam rumah tangga pasti akan membawa kepada kesan negatif sama ada kepada anak-anak atau ibubapa.Pergaduhan antara ibubapa akan mengakibatkan anak-anak menjadi mangsa,dengan keadaan yang tegang anak-anak akan mudah tertekan.Keadaan akan bertambah buruk lagi apabila sesetengah ibubapa bertindak melepaskan geram ke atas anak-anak dengan memarahi serta memukul mereka dan disebabkan mereka tidak mampu melawan kembali,mereka hanya akan memendam rasa di dalam hati dan bertindak dengan melepaskan perasaan mereka degan cara yang tidak sepatutnya seperti merokok, menghisap dadah, gengsterisme, vandelisme,merempit,seks rambang dan sebagainya hanya untuk memuaskan perasaan hati mereka akibat daripada masalah dalam keluarga.Apabila berlaku pertengkaran dalam rumahtangga,ibubapa akan kurang memberi perhatian kepada anak-anak dan keadaan ini akan mengakibatkan anak-anak kurang kasih sayang serta perhatian dari ibubapa.Anak-anak akan bertindak liar bagi mendapatkan perhatian ibubapa mereka dan jika ibubapa mereka tidak menghiraukan mereka,mereka akan cuba menarik perhatian masyarakat sekeliling semata-mata untuk memberi perhatian kepada mereka.Hargailah anak-anak sementara mereka masih ada dan selamatkan anak-anak kita daripada menyimpang dari akidah Islam.

REMAJA MALAYSIA DAN REMAJA PALESTIN


Remaja Malaysia semakin hari semakin hanyut dibawa oleh arus permodenan zaman sehinggakan melupakan adat ketimuran akibat terpengaruh dengan budaya barat.jika kita lihat pada masa kini,ramai remaja malaysia tidak kira lelaki ataupun perempuan sudah mula berani menjinakkan diri dengan budaya barat sebagai contoh cara berpakaian seperti pakaian tidak cukup kain,terdedah sana sini,memakai tudung tetapi memakai pakaian yang terdedah hingga menampakkan pakaian dalam,manakala bagi lelaki pula dengan memakai rantai,bergelang yang menyerupai wanita serta berpelukkan di sana sini dengan perempuan tanpa perasaan malu dan takut pada ALLAH SWT.Apa sudah jadi dengan remaja malaysia pada masa kini?Adakah mereka hilang pedoman dan tiada bimbingan ?Adakah hanya dengan malapetaka atau musibah barulah mereka akan sedar kesilapan mereka ?Dimanakah silap kita?Adakah kita mahu remaja kita terpesong jauh dari akidah islam?wahai saudara,mari kita renungkan bersama dan dengan mengambil contoh remaja palestin yang terpaksa bersusah-payah untuk hidup dan belajar serta terpaksa bersusah payah menegakkan syariat islam dengan kekejaman zionis ke atas mereka demi pelajaran ,remaja di palestin terpaksa mengutip sisa buku sekolah mereka untuk mereka belajar,walaupun hidup dalam kesengsaraan akibat kehilangan keluarga dan ibu bapa mereka teguh menjalankan kewajban sebagai seorang remaja muslim tetapi ketika remaja palestin berusaha untuk hidup,remaja malaysia pula leka dengan kemewahan,leka dengan dunia hingga lupa dengan kewajiban pada agama,bangsa dan negara,ramai remaja Malaysia terjerumus ke lembah maksiat namun begitu belum terlambat untuk berubah kerana allah s.w.t akan sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambanya.renungkan....

Wednesday, March 18, 2009

BUDAYA SEGELINTIR REMAJA DI UNIVERSITI


Universiti,pusat pengajian bagi remaja untuk melanjutkan pelajaran tetapi pada masa kini kebanyakan remaja yang berada di pusat pengajian tinggi sering terlibat dalam gejala tidak sihat seperti menghisap dadah,merokok,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Anda tidak percaya dengan kenyataan ini?Jika anda tidak percaya anda boleh melayari intenet dan anda taip pelajar melampau di youtube dan apa yang akan anda saksikan adalah hakikat sebenar mengenai remaja di universiti,tetapi saya tekankan disini bukan semua pelajar universiti berkelakuan begitu hanya segelintir sahaja dan jika anda lihat pada gambar contoh disebelah,ini adalah kenyataan remaja melayu yang berada di universiti berkelakuan tidak senonoh ditempat awam,jika perkara ini anda lihat apa yang anda akan lakukan?adakah anda hanya akan melihat sahaja atau sebaliknya?Fikirkan lah dengan sebaiknya,adakah anda mahu bangsa melayu serta remaja masa kini terus rosak dan meninggalkan ajaran islam?Adakah anda tidak ingat akan batas-batas pergaulan dalam islam?Adakah anda tidak takut akan dosa yag telah anda lakukan?Insaflah wahai saudaraku.Ingatlah apa yang anda lakukan akan kembali kepada anda semula,hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar adakalanya kita akan berada di atas,adakalanya kita akan berada di bawah.Nasihat saya kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempaun sama ada anda islam atau agama sebaliknya jagalah kelakuan anda di tempat awam dan sentiasa ingat dan berzikir kepada ALLAH SWT kerana DIA sentiasa memerhati akan hambaNYA tidak kira di mana sahaja anda berada.Mungkin di dunia anda boleh mengelak akan tindakan daripada orang sekeliling tetapi ingatlah apabila tiba masa kebangkitan daripada alam barzakh dan penghitungan telah dibuat maka anda tidak akan mampu mengelak daripada menerima balasan atas perbuatan yang anda lakukan di dunia yang fana ini..renungkan.

kehidupan remaja zaman kini,masalah sosial?

Remaja,kini lebih ramai remaja di malaysia telah jauh dari jalan islam.bukanlah untuk menghina remaja di malaysia tetapi itulah kenyataannya.tujuan saya memcipta blog ini adalah untuk berkongsi pandangan bersama-sama anda dalam masalah ini bukan sahaja masalah remaja yang hangat dengan bercinta mangikut cara orang barat tetapi juga masalah seperti dadah,menghisap gam,samseng,kongsi gelap,jenayah seperti rogol yang sering dilakukan oleh sesetengah remaja masa kini.Adakah kita hanya mampu melihat sahaja?Sebagai seorang muslim dan seorang yang bertanggungjawab adakah anda akan terus melihat remaja kita terus terjerumus ke lembah yang merosakan mereka?Anda boleh membantu remaja kita pada masa kini dengan memasuki blog ini dan mengadakan perbincangan secara terus dengan saya mengenai pandangan anda,segala pandangan anda akan dipertimbangkan kerana saya merupakan salah seorang anggota badan ngo yang membantu remaja yang bermasalah.